Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Thursday, September 26, 2013

Perkahwinan Adam & Fiza


Bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, sebentar tadi Adam AF dan Fiza Elite telah pun bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua.
Selamat melayari bahtera perkahwinan buat anda berdua. Beberapa lagi gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF dan Fiza Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya





US Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah

US Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah jan 11:10 pagi.

Walau pun Allahyarham pemimpin PAS dan berlainan ideologi politik tetapi sebagai saudara Islam, MiM turut terkejut dengan pemergian beliau.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tudung Gaya Hana Tajima


Selamat Belajar Pakai Tudung Gaya Hana Tajima :)

Wednesday, September 25, 2013

Jom berzikir bukan susah pun dapat pahla.

Jom berzikir bukan susah pun dapat pahla.

Salam semua, hari ini saya nak berkongsi kelebihan zikir Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahhil Azhim.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dalam zikir yang lain pula:

……..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah)

Berzikir sambil berjalan pun boleh, sambil baring atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga VIP (syurga yang hebat) kerana zikir. Yang penting luangkan masa untuk berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Walaupun sekadar Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali). Yang penting jadikan amalan rutin.

“…….akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan”

Hanya dosa dengan Allah sahaja diampun. Dosa dengan manusia seperti mengumpat, mencuri hendaklah diselesaikan (settle) dengan meminta maaf dari manusia.

Tuesday, September 24, 2013

Isteri MatYo buat hal


Selepas tersebar video,beliau memaki pak guard,inbox kami menerima satu photo...yang pastinya ramai yang kurang selesa dengan kenyataannya..



Tuesday, September 3, 2013

Sedutan Filem Anakku Sazali:-

Sedutan Filem Anakku Sazali:-

Sazali:Jam sudah pkl 1..bapak blm tdo lg?

Bapak: aku br pulang dari isi minyak Sazali..tahukah engkau harga minyak naik?

Sazali: apa sazali peduli Bapak..20sen shj..sekali Sazali petik berliter liter minyak 95 Sazali dpt Bapak taw!

Bapak: "pang"(bnyi penampar) kurang ajar..anak x kenang budi..patutlah kamu x hairan dgn kenaikan harga minyak..anak x tahu malu..

Sazali: Bapak yg bersalah dlm soal ini..Bapak membesarkan Sazali dgn duit BR1M yg diberi kerajaan sewenang wenangnya

Bapak :Sudahlah Sazali..aku nak tido..mulai hari ini jgn kau pinjam kereta Bapak kerna minyknya sudah penuh kuisi

hahahah ==> Aku suka kopi dan pasta

TIPS JIMAT MINYAK

Dapatkan Gajet Jimat Minyak Anda Sekarang !

Monday, September 2, 2013

Harga RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi umum harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.