Wayne Rooney akhirnya membuka mulut mengenai sebab perpindahannya mempunyai kaitan dengan ketibaan Robin van Persie di Manchester United pada Ogos tahun lalu.
Semuanya gara-gara penyerang England itu berasakan dia tidak diletakkan di posisi yang sepatutnya di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sejak kehadiran van Persie.
Keputusan itu memeningkan David Moyes terpaksa berhempas-pulas untuk menghalang penghijrahan pada musim panas baru-baru ini.
"Saya rasa saya bermain baik di bahagian tengah tapi saya tidak mahu main di situ.
"Saya tiada masalah sebelum ini untuk bermain di luar posisi saya. Tapi saya rasa ada hak untuk bermain di posisi sebenar saya dan itu tidak terjadi.
"Lumrahnya saya berasa agak kecewa dan mungkin disebabkan itu ia menjejaskan beberapa permainan saya.
"Saya tahu tahun lepas bukanlah musim terbaik saya namun ada masanya saya terpaksa bermain di posisi yang berbeza.
"Saya tidak mendapat konsistensi di bahagian serangan. Ada masanya kalau anda jarang bermain di sesuatu posisi yang sama ianya sukar untuk menyesuaikan diri," jelasnya.
Rooney bagaimanapun mengakui dia terpaksa akur perpindahannya ke Chelsea disekat kerana itu hanya akan menguatkan saingan terdekat.
Dia bagaimanapun memuji corak latihan Moyes yang ternyata berbeza dengan Ferguson.
"Belia mahu menerapkan corak yang berlainan. Kami dikerah untuk melakukan banyak larian semasa latihan dan saya rasa itu memberi faedah kepada saya.
"Saya lebih cergas berbanding sebelum ini."
No comments:
Post a Comment