KETUA Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad menunjukkan borang pengesahan identiti kad pengenalan yang akan ditukarkan sepenuhnya kepada sistem biomatrik dalam MySIKAP pada sidang media mengenai AES di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail
Bagaimanapun, menurutnya, jika mereka membayar saman dalam tempoh tiga bulan, mata demerit tidak akan dikenakan.
Sebagai contoh, beliau berkata, bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan melebihi had laju, pesalah akan dikenakan lapan mata demerit.
“Penyelarasan hukuman itu dijangka dilakukan selepas proses pengambilalihan AES dan sistem KEJARA oleh kerajaan selesai,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Mengenai kompaun maksimum RM300, beliau berkata, ia hanya akan dikenakan jika mereka membayar saman selepas tempoh 30 hari daripada tarikh notis dikeluarkan, manakala yang membayar dalam tempoh satu hingga 14 hari hanya perlu membayar RM150 dan yang membayar dalam tempoh 15 hingga 30 hari, sebanyak RM200.
Kompaun kekal RM300
Ismail berkata, kadar berkenaan hanya untuk kesalahan pemanduan melebihi satu kilometer hingga 40 kilometer sejam daripada had laju yang ditetapkan serta melanggar lampu isyarat merah.
Bagi kesalahan yang melebihi 40 kilometer sejam daripada had laju, kadar kompaun kekal RM300 tanpa mengambil bila mereka membuat bayaran.
“Kadar baru saman AES ini adalah berasaskan prinsip ‘lebih lama anda tangguh, lebih tinggi anda bayar.
“Bagi saman AES yang dikeluarkan antara 18 September lalu hingga semalam (9 Oktober), tempoh pembayaran 14 hari dikira mulai hari ini (semalam).
“Bagaimanapun, ia hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan mulai 18 September lalu. Saman sebelum itu masih pada kadar tetap tetapi bergantung keputusan kerajaan kelak,” katanya.
Beliau menjelaskan, saman boleh dibayar melalui Sistem MySIKAP JPJ.
No comments:
Post a Comment